LTAWNT
Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) ditubuhkan melalui Enakmen Bil. 2 Tahun 1990. Ia dipinda seterusnya pada tahun 1996 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1996. LTAWNT ini ditubuhkan dengan klausa berikut:
Seksyen 4. (1) Bagi maksud Enakmen ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu perbadanan yang dikenali sebagai “Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri” yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa, dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan, bagi maksud-maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih bagi tiap-tiap jenis dan boleh memindah hak, menyerahak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahak semula, memindahmilik atau selainnya melupus, atau menggunakan apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan yang diletak hak kepada Lembaga atas terma-terma yang difikirkan patut.
VISI
Menyumbang kepada pendapatan dan pembangunan negeri melalui pengurusan berstrategik harta dan dana tabung.
MISI
Mengurus pemeliharaan (preservation) dan pertumbuhan (growth) harta dan dana secara berkesan bagi pulangan maksimum.

