LTAWNT
Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT)ditubuhkan melalui Enakmen Bil. 2 Tahun 1990. Ia dipinda seterusnya pada tahun 1996 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1996. LTAWNT ini ditubuhkan dengan klausa berikut:
Seksyen 4. (1) Bagi maksud Enakmen ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu perbadanan yang dikenali sebagai “Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri” yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa, dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan, bagi maksud-maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih bagi tiap-tiap jenis dan boleh memindah hak, menyerahak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahak semula, memindahmilik atau selainnya melupus, atau menggunakan apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan yang diletak hak kepada Lembaga atas terma-terma yang difikirkan patut.